kata-kata pilihan



* blog sedang dalam proses update..... 18 februari 2011

Tuesday, 11 March 2008

22. org rumah keguguran....

org rumah ako baru keguguran jam 1.20 ptg tadi. alasan yg diberi doktor ialah baby tak kuat atau rahim isteri lemah... sekarang ako dok mundar mandir bawah hosp. sebab ptg sat gik rahim isteri akan dicuci...

memula ako nak g swasta.. tp doktor nasihatkan agar cuci di hosp ini... harap harap dia ok... dari smlm asyik nangis....

k weii... ako nak makang ... esok sambung... byeee... ops... lupa... selamat pengantin baru kat member fks.. encik Sedi... ako tak dapek g nampaknyer.... bye...

6.55pm...

still tak leh jumpa isteri... masih dalam pemerhatian. ako tengok skali imbas je. riso plak.. muka pucat giler... masih tak sedarkan diri.... doktor cakap rahim masih berdarah.

Monday, 10 March 2008

21. Khairy bertanggungjawab kekalahan BN - Dr M

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya semalam. Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata:
"Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.
"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.
"Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar".
Mengenai kejayaan pembangkang, Dr Mahathir berpendapat, akan wujud ketidakstabilan untuk seketika apabila pembangkang menembusi banyak lagi negeri.
"Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu," katanya. Mengenai kemampuan para pemimpin BN sekarang, Dr Mahathir tidak fikir mereka boleh mengurus ekonomi.
"Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa". Beliau bersetuju pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah boleh membantu Umno. Ketika ditanya adakah mereka perlu melawan dan memaksa Abdullah meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan.
"Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan"

Sunday, 9 March 2008

20. Silent Majoriti bersuara....

PARLIMEN dan DUN

sedang ako lepak lepak di pondok panas BN di satu kawasan di selangor, byk suara suara bongkak yg menyalak untuk bersedia merayakan kemenangan BN di kelantan. tidak pelik... sebab di pondok panas BN di sekitar kawasan ini memang penuh... sehinggakan ada pondok panas parti bukan BN lengang...

tp apabila selesai pengiraan undi... memang mengejutkan.. bukan sahaja nyalakkan bongkak itu terdiam.. malah majoriti kehilangan undi BN kepada bukan BN amat besar sehinggakan tidak tergambar jumlahnya. apa yang terjadi? adakah pembangkang telah menyediakan bas bas untuk memuatkan pengundi pengundi hantu? tak kan pulak... adakah BN kalah sebab tak guna dakwat penanda?....mustahil

jadi apa yang terjadi?

Thursday, 28 February 2008

19. saya rindu giler kat awak le mengoonnnggggg...

amboi.. leh pulak tajuk ni kuar... terkejut ako bila terbaca dalam satu blog pasal menda nih. ye la ketot... sy memang rindu giler kat awak.... nak rindu sbgai kekasih tak berkesampaian... jadi rindu sebagai kawan baik pun jadi lerrrr...

rinih sy g manjoi.... terasa cam dekat je ngan awak tuh... tapi nak wat camne... org tu bz memanjang je ngan PRU.

weiii.. password tu apsal tuka... sy tak leh nak edit le... paham paham je le....

Monday, 25 February 2008

18. PRU12

Ya Allah.. berikan kekuatan.. kerahmatan... keberkatan kepada mereka yang memperjuangkan islam....

Menarik kali ini:-

Antara keluhan pembangkang PRU12 ialah duti setem dimansuhkan oleh SPR tanpa memaklumkan kepada pakatan pembangkang Trengganu dan Kelantan sehinggakan calon pembangkang Kemamam mematikan setem di kuala lumpur pada hari Jumaat menaik kapal terbang. Sekiranya tidak dimansuhkan 5 calon BN Trengganu tidak sempat mematikan setem dan hilang kelayakan... www.harakahdaily.com

Pilihanraya kali ni menunjukkan pakatan pemerintah tidak bersedia sehinggakan calon muflis di pertengahkan. Memalukan... www.harakahdaily.com


Dan UMNO perlis pula menghadapi krisis terbesar apabila kepimpinan terpaksa mengadap PM 7 kali sebelum calon akhir keluar. www.harakahdaily.com


Pasukan Pak Lah masih enggan meletakkan bekas Menteri Besar Selangor... 'Mike Tyson' ke parlimen dan usaha menyekat Khir Toyo sebagai calon pilihanraya gagal. Nampaknya Tun M masih berpengaruh.... Eh lupa... Nampak gaya Vincent tan akan berterusan panas punggung menghadapi Khir Toyo. Ako harap... Khir akan terus menjadi menteri besar.... Walaupun Vincent kerap memberi tekanan pada kerajaan negeri. www.terjah.com

Selingan...

Komfirm bucuk dah ada bucuk.... ako dah tau sapa dia..... tahniah.. ako harapkan hubungan tu akan berkekalan sehingga ke ikatan tali pertunangan... perkahwinan dan sehingga akhir hayat.
Nanti kenduri buat besar besarn... dua dua berkerjaya baik. Kepada pasangan tu.... hargai la bucuk tu... ayu ayu gitu..... walaupun malas man**.... opsssss.....

Wednesday, 23 January 2008

17. politikus malaysia / siravi

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menang besar pada pilihan raya umum ke-12 nanti.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa BN akan meraih majoriti undi terbesar hasil sokongan para pengundi yang percaya dengan kemampuan kerajaan mentadbir negara.

*ako takmo mengulas lanjut, sebab kata2 ni keluar dari mulut diktator tulin. Diktator yang berjaya menaikkan Malaysia dan diktator yang berjaya menyebabkan musuh2 politik tersembam. ako still tak puas hati apa yang dijawab oleh kepala pemerintah kepada komen2 mantan PM. kekayaan sedara-mara dan byk lagi. I hate BN... but BN adalah satu2nya parti pemerintah yang terbaik yang akan membawa kita ke alam penipuan, pembohongan dan penindasan dunia globalisasi. Ya... ako akan vote BN walaupun menyokong parti lain. Bukan hipokrit tapi bukti kejayaan yg kita kecapi....

Kepada yg berkenaan, semoga berjaya bersama crv idaman. bukan mematahkan semangat tapi mencabar... jgn berangan nak kawin ngan anak raja la, ngan pm la.. tapi pastikan takde paper repeat lagi kali ni. welcome to malaysia. jgn le bawak balak uganda..... bawa balik awek korea ok dah.... ngehngeh..



Monday, 26 November 2007

16. eksiden di site

tadi dapat call dari partner bgtau our supervisor kemalangan di tapak bina... cian plak janda tuh.... anak dia partner ako dok jaga kat umah... dia sekarang di hosp. kuala trengganu... dengo kabo jkkp nak datang site... harap2 dema boleh settle le.. maleh ako nak g sane... jauhhhh laaa.....

tak pe insuran ade... claimmmmmmm................ kaya la janda tuh..... ingat ek.. company nak tumpang 20%... ngehngeh......