kata-kata pilihan



* blog sedang dalam proses update..... 18 februari 2011

Saturday, 22 March 2008

25. kena kekah anjing....


ape le malang nasib ako arini... pepagi dah kena kekah ngan anjing... lahanat betoi la.... abis kasut ako... yg org rumah ako tido mati plak .. udah le tak angkat tepon... ako dok terjerit jerit depan umah... mana yg lelain... tau le semua tak sembahyang... tp kurang kurang bangun la awal... apedaa

yang si anjing pulak menyahut.... kalau ikutkan hati nak je ako kekah anjing tu... sib baik ako ada tersemat nilai nilai kebinatangan skit.... kalau idak.. memang ako kekah la balikk.. ingat ako takut ke... cuma geli je... puas nak menyamak... bengong toi....

yg org rumah plak siap ketawa besar nengok kasut ako sebelah dah dirampas binatang mengong tu.... gerammmm gilerrrr. idak le si anjing tu kekah dia... cisss...udah jadi bahan lawak pulak ako rinih... kena perli memanjang.... huhuhu... pedih la.... masuk kali ni dah 2 kali ako kena kekah ngan anjing ni.. tak pe.. masuk kali ke tiga ako sembelih....

Tuesday, 18 March 2008

24. Jgn Hina Sultan!!!!


Kat sini ako dah dengar cakap cakap politik penyokong penyokong BN mula menghina sultan. Ada yg ckp Sultan tak sepatutnya masuk campur hal ehwal kerajaan negeri la. Ada suruh sultan duduk diam diam je la. Walhal bukan ke negeri ini dibawah pemerintahan sultan?

Masa sambutan Idris Jusoh di airport hari tu pun ada yg menjerit bahawa sultan pengacau. Ini diceritakan sendiri oleh penyokong BN. Kenapa bila org BN hina sultan tiada keluar dalam akbar perdana? Walhal masa Lim Kit Siang menghina diorg bawa isu ni berhari hari dalam akhbar.

... Ada dengar cakap cakap yg:
- Sultan kecewa dengan Idris sebab pembangunan melampau
- Majoriti bakal ADUN menolak Idris
- Sultan kecewa dengan pengerusi BN

Entah la.. tp yg pasti menteri besar hanya membantu sultan menguruskan negeri. Maka jgn terkejut sekiranya sultan memerintahkan PAS ambil alih dan mengisytiharkan pilihanraya semula di Terengganu. (12.34pm 18-03-2008)

Wednesday, 12 March 2008

23. dah ok...

9.40am.. dah sampai umah... sakit kepala lutut dukung isteri naik tangga... yg peliknya kat spital tadi leh je jalan... sihat jeks... balik umah tetiba tak leh jalan... errmmmm

ingat nak bawa balik pas subuh... tp takleh sebab kena buat check out kol 8.00. cam hotel plak... huhuhu.. takpe la.... layanan spital kerajaan ni cemerlang, gemilang, terbilang dan tak hilang.. semua doktor dan nurse memberi perkhidmatan setaraf swasta... tq tq...

maka bermulalah proses isteri berpantang.... makanan ok jeks.. tp yg lagi satu tu je.. terseksa .......huhuhu

Tuesday, 11 March 2008

22. org rumah keguguran....

org rumah ako baru keguguran jam 1.20 ptg tadi. alasan yg diberi doktor ialah baby tak kuat atau rahim isteri lemah... sekarang ako dok mundar mandir bawah hosp. sebab ptg sat gik rahim isteri akan dicuci...

memula ako nak g swasta.. tp doktor nasihatkan agar cuci di hosp ini... harap harap dia ok... dari smlm asyik nangis....

k weii... ako nak makang ... esok sambung... byeee... ops... lupa... selamat pengantin baru kat member fks.. encik Sedi... ako tak dapek g nampaknyer.... bye...

6.55pm...

still tak leh jumpa isteri... masih dalam pemerhatian. ako tengok skali imbas je. riso plak.. muka pucat giler... masih tak sedarkan diri.... doktor cakap rahim masih berdarah.

Monday, 10 March 2008

21. Khairy bertanggungjawab kekalahan BN - Dr M

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya semalam. Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata:
"Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.
"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.
"Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar".
Mengenai kejayaan pembangkang, Dr Mahathir berpendapat, akan wujud ketidakstabilan untuk seketika apabila pembangkang menembusi banyak lagi negeri.
"Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu," katanya. Mengenai kemampuan para pemimpin BN sekarang, Dr Mahathir tidak fikir mereka boleh mengurus ekonomi.
"Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa". Beliau bersetuju pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah boleh membantu Umno. Ketika ditanya adakah mereka perlu melawan dan memaksa Abdullah meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan.
"Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan"

Sunday, 9 March 2008

20. Silent Majoriti bersuara....

PARLIMEN dan DUN

sedang ako lepak lepak di pondok panas BN di satu kawasan di selangor, byk suara suara bongkak yg menyalak untuk bersedia merayakan kemenangan BN di kelantan. tidak pelik... sebab di pondok panas BN di sekitar kawasan ini memang penuh... sehinggakan ada pondok panas parti bukan BN lengang...

tp apabila selesai pengiraan undi... memang mengejutkan.. bukan sahaja nyalakkan bongkak itu terdiam.. malah majoriti kehilangan undi BN kepada bukan BN amat besar sehinggakan tidak tergambar jumlahnya. apa yang terjadi? adakah pembangkang telah menyediakan bas bas untuk memuatkan pengundi pengundi hantu? tak kan pulak... adakah BN kalah sebab tak guna dakwat penanda?....mustahil

jadi apa yang terjadi?