kata-kata pilihan



* blog sedang dalam proses update..... 18 februari 2011

Friday 22 January 2010

61. mazidul tewaskan ketua polis negeri?

insiden minggu lepas....

seorang akak ni bawa motor nak ke mcd kertih.. tah mcmana berlaku le pelanggaran dengan sebuah kereta. kalau ikut kedudukan kenderaan memang kereta tu salah.. tp dia tak mengaku...

kebetulan ako ada kat area tu... ako singgah ler.. masa tu pemandu kereta (lelaki) tengah mengamuk-ngamuk minta akak tu ganti.. sbbnya bukan salah dia...

tp akak tu ckp le supaya buat repot polis. biar polis tentukan. si lelaki ni bengang ler... dia ckp kalau repot komfom akak tu kena bayar rm300 sebagai saman... uiks.. hebat lelaki ni.. dia langgar tp org yg dilanggar kena bayo..

ako tanya ler.. kenapa pulak akak tu kena bayar.... tetiba dia naik angin menyuruh ako supaya jgn masuk campur sebab dia kenal ketua polis trengganu... wallamak..

ako jawab ringkas je... ako kenal mazidul.... try ler...

dia dengar tu tetiba le pulak dia berdalih... ckp nak settle situ jer.... start kete terus balah...

hahaha

mungkin mamat tu kenal ketua polis negeri tp ako yakin ketua polis negeri tak kenal pun dia.... dia gertak jual nama polis.... ako kenal mazidul 360.... try le kalau berani... hahaha

* mazidul pun tak kenal ako...

Wednesday 20 January 2010

60. ape tugas staf?

ako betul2 tak paham. selama ni ape tugas2 staf ako. diorg ambil gaji atas sebab ape? layak kah diorg ambil gaji? ako betul2 tak paham. antaranya;

1. kes alat pemadam api. siapa yg sepatutnya pantau? baru2 ni bomba datang buat inspecton kat site. pergghhh... dah le alat pemadam api tu expired.. siap dah takde tekanan lg... ok.. full stop.. ako dah laser site supervisor situ. tp yg kat opis pulak sape yg pantau. kebetulan juga dah expired. selama ni ako yg jaga. bukan tugas ako pun. tp disebabkan ako punyer share lebih, jadi ako rasa adalah lebih baik ako yg jaga. takkan le sepanjang masa ako nak jaga? pihak yg sini ckp tugas di sana. pihak sana ckp bukan skop kerja dia. kesudahnya ako pulak yg terhegeh2 hantar ke bomba. tak paham betul.

2. letter head. pada ako lah kan, letter head adalah barang terkawal untuk sesebuah sykt. kat opis takde masalah sgt. yg ako peliknya kat site ler... cepat sgt susut nya letter head. takkan nak rekod satu2. takkan itupun takleh nak jaga. pernah terjadi dulu ler.... staf ako ( ex staf) buat kenduri kat rumah dia. ako pergi ler... terkejut ako tengok anak2 dia melukis guna letter head company!.. sbb kan kes tu dia dpt warning letter.... dah berenti pun dia.