kata-kata pilihan



* blog sedang dalam proses update..... 18 februari 2011

Monday 29 December 2008

43. blog hina islam...

kepada sesiapa berkenaan...

byk lg le korang kena search.. baru jumpa satu melalak mcm bagus sgt... report polis dibuat bukan tuk perjuangkan islam tp lebih pada publisiti... mengaku perjuang islam tp tolak hukum Allah.. kalau tak mahu laksana kan hudud pun jgn le menentang.... datuk ahmad zahid hamidi pun tak menentang sebab dia tahu...

korang pernah dengar internet tak? tahu cara-cara layari internet tak? selama ni byk forum hina islam kat malaysia ni... hina Allah pun ade... korang tahu tak?.. tak tahu kan.. sebab ape? sebab korang jenis layari internet tuk tengok blue je kan... klik je internet.. ako pasti korang akan jumpa sekurang2nye 3 web, blog, forum menghina islam dan melayu hari ini... mcm mana nak search? korang buat le macam korang search web lucah....

Sunday 26 October 2008

42. Interview...

Mungkin kita terlalu banyak di dedahkan maklumat mengenai cara-cara dan teknik-teknik berhadapan dengan situasi temuduga. Hari ini ako nak berkongsi mengenai cara ako melakukan penilaian kepada calon pekerja....

Waktu yang sesuai untuk sesi temuduga ialah awal pagi. Sesiapa yang mendapat giliran awal memang berpotensi besar untuk mendapat tempat dalam syarikat. Ako memang selalu terlibat dalam sesi sesi temuduga. Diantara perhatian utama ako terhadap calon ialah...

Pakaian
Site Persons
Diploma dan SPM - T-Shirt Berkolar, Seluar Cargo Pants atau Jeans (Lelaki), Baju Formal (Perempuan)
Ijazah - Kemeja Lengan Panjang, Tali Leher, Seluar Slack atau Cargo Pants (Lelaki), Baju Formal (Perempuan)

Office Persons
Diploma , SPM - Kemeja, Seluar Cargo Pants (lelaki) -Baju Formal (Perempuan)
Ijazah - Formal

P.A
Ijazah - Baju Formal, Bukan Baju Kurung (Perempuan)

Calon-calon yg menjadi keutamaan untuk di reject ialah -

1. Tidak menjawab soalan yg dikemukakan
2. Berlagak
3. Membuat perkara yg tidak menyenangkan (ertikata lain membuat bilik temuduga seperti rumah sendiri)
4. Memulakan perbualan tanpa disuruh
5. Bahasa kurang Ajar
6. Menyampuk percakapan penemuduga
7. Berbau rokok
8. Menyunyah sesuatu
9. Bercerita tentang politik
10. Memburuk-burukkan majikan lama

Sebelum sesi temuduga, penemuduga akan melakukan penilaian dalam resume. Sekiranya penemuduga bertanya soalan yg memang ada jawapannya dalam resume, itu menunjukkan penemuduga tidak layak menghadiri sesi atau bahasa tepat memang penemuduga itu makan gaji buta dalam syarikat.

Bagi calon perempuan pakaian formal tidak bermaksud baju kurung bertudung. Ia boleh jadi apa-apa pakaian yang formal.

Antara ciri-ciri calon yang ako beri high mark ketika sesi...
1. Perempuan bercelak tebal
2. Perempuan berpakaian hitam
3. Perempuan yang memakai pakaian selain baju kurung
4. Lelaki yg berpakaian lusuh (Bagi jawatan Diploma & SPM di Tapak Bina)
5. Penulisan resume menggunakan tangan (Bagi jawatan Diploma & SPM di Tapak Bina)

Sunday 12 October 2008

41. beraya sakan le korang weiiii....

cuti...
hari ni mula le bekerja setelah hampir 3 minggu bercuti. org rumah hanya cuti seminggu. itu pun jenuh nak minta. ye ler... baru kerja pun

bonus....
org rumah takde bonus pun. hehehe.. kesian
ako lak cam biase le.. bonus takder , gaji pun takder
tp ako nyer staf dah dapat bonus.. tahniah le komer... sukenyer.. sampai sorang tu konfom kawin bulan 12 nih.... ade rezeki lebih memang le semua dapat bonus... walaupun kompeni kecil tapi ako mampu bg bonus 3 bulan gaji walaupun 2 kali bayar. tak le macam gomen.. duit untung minyak byk tp bonus sebulan jer.. hahaha

kerete baru...
kelihatan sebijik honda accord meluncur laju di kertih... hahaha.... ape nak buat.... terpaksa beli (leh kurangkan cukai)... hehehe

update..
lama tak jengah blog nih... takde masa ler... cuma sempat baca je....

Thursday 4 September 2008

40. Why Bar Council should shut up?

The Bar Council, while opposing Chinese or Indian converting to Islam, was not concerned when
Chinese/Indian became Christians. And its was part of the attitude of the Bar Council and opposition leaders who dislike Islam and the Malays.

We never hear Bar Council complaining about Chinese renouncing Buddhism or Indian renouncing Hindusm.

But if the Chinese embraces Islam, Bar Council who was manipulated by opposition, goes after them and instigates them to renounce Islam and everybody knows this - DAP leaders is only playing on religious and racial sentiments.

Islam was a religion for all mankind. The misconception about Islam that it was a religion exclusivelyfor the Arabs or the Malays should be cleared. In Malaysia, whenever a Chinese or Indian embraces Islam, one should not feel that he has become a Malay but should instead say he has become a Muslim.

Bar Council should understand that others are not only looking at the country's political and economic strength but also at the strength of its culture and religion.

In Islam, God decreed that the differences in the colours of the skin and in cultures are not the source of confrontation. Instead, it is for us to create understanding.

from http://hard-t.blogspot

Friday 13 June 2008

39 Wahai datuk datuk....berfikirlah guna akal... bukannya guna kepala lutut....


PUTRAJAYA: Pengusaha kantin sekolah yang menaikkan harga makanan akan ditamatkan perkhidmatannya berikutan tindakan itu melanggar kontrak perjanjian dengan Kementerian Pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya menaikkan harga makanan di kantin sekolah kerana harganya sudah ditetapkan dalam perjanjian berkenaan.

Tambahan pula, kebanyakan makanan dijual di kantin sekolah barang terkawal seperti beras, tepung dan gula. Barang ini tidak terbabit dalam kenaikan harga,” katanya.

* ni contoh seorang pengarah yang guna kepala lutut untuk berpikir. Kenapa kerajaan tak cari org yg betul-betul layak menjadi pengarah atau setidak tidaknya cari la org yg boleh berfikir untuk dibg datuk?

Datuk ni mungkin tidak pernah bersekolah. Tak pernah ako tengok kantin hanya jual nasi, air gula dan jemput-jemput kosong untuk pelajar. Wahai KPP, beras 15% dikatakan beharga RM16 utk 10 kilo. Korang pergi cek tak kat pembekal?, beras yg diorg bekalkan adalah jenis 10% hancur yg berharga RM28 untuk 10 kilo. Then gula.... gula pun dah mula ada malaun sorok. Korang sedar tak? mane le nak sedar kan. Tahun depan di awal tahun pun pengilang nak naikkan harga gula. Tepung gandum pulak dah naik sekilo RM2.90. Dah sudah ada pasaraya sorok bekalan. Tau tak? tak tau kan.... bodoh nye.... malu je ada pangkat.. tapi otak cetek...

Dan kepada pengusaha kantin... korang tak payah le naikkan harga... kurangkan kuantiti makanan pun dah ok. Kalau nak naikkan terpulanglah.. sebab bila KPP nak spot cek dia akan bawa serombongan ke kantin. Korang akan tahu lebih awal....Jangan risau.....

Thursday 12 June 2008

38. Harga Minyak Mempengaruhi Peningkatan Kadar Jenayah?





Loji Petroleum dan Gas, Kertih. Gambar oleh ina erin

Petronas telah ditubuhkan bg menjana dan merancakkan peningkatan ekonomi Malaysia. Setelah sekian lama ekonomi Malaysia dibangunkan atas dasar pemberian subsidi minyak kepada semua sektor, tindakan pengurangan subsidi oleh kerajaan secara tergesa-gesa akan membantut malah meranapkan ekonomi negara. Barangan untuk di ekspot akan menjadi tidak kompetitif, barangan hasil tempatan akan menjadi mahal, iklim pelaburan di dalam negara menjadi tidak lagi menarik dan rakyat tidak akan lagi melancung mengakibatkan sektor pelancungan juga akan merudum, industri kereta akan merosot industri-industri lain juga akan teruk mendapat tekanan.

Dianggarkan satu demi satu sektor perniagaan akan jatuh yang mana akan mengakibatkan ramai rakyat hilang pekerjaan. Pengangguran akan meningkat, masalah sosial akan naik mendadak, kadar kemiskinan akan meruncing, kadar jenayah juga
akan meningkat dan kemungkinan akan berakhir dengan keadaan kucar-kacir.

Kejadian jenayah terancang turut akan menguasai urus tadbir semasa. Pihak bank akan meragui kadar mampu bayar peminjam, sekaligus akan mengetatkan lagi syarat pinjaman. Rakyat terdesak akan menggunakan khidmat pembiaya kewangan tanpa lesen @ along. Sehinggakan keadaan terdesak seseorang itu mampu berfikiran hingga mampu melakukan jenayah curi, samun dan rompak. Semua ini memang dipengaruhi oleh harga minyak.

Hentikan perbandingan harga minyak dengan negara jiran. Negara jiran bukanlah negara pembekal minyak. Dan kenapa kerajaan masih tidak menggunakan sumber gas asli untuk kenderaan dan penjanaan? Bukankah stok gas kita adalah yg terbaik dan terbanyak?


Tuesday 10 June 2008

37. kerana aku miskin, aku bodoh

.... dengan keadaan ekonomi tidak menentu.. harga bahan api menongkak naik, semua produk dan perkhidmatan turut naik, bayangkan keadaan org yg di bawah paras kemiskinan terutamanya di luar selangor. dengan keadaan bayaran persekolahan (yuran dihapuskan cuma gimik) turut meningkat. tanpa wang kita tidak mampu memperoleh ilmu.

pak menteri acuan kita sanggup pula menambah peruntukan biasiswa untuk bukan bumiputra sehingga 30% hanya untuk mengembalikan undi yg telah dirompak. walaupun bukan itu faktor utama kekalahan barisan memerintah.

ako bukan berasal dari keluarga berada. keluarga ako disuap dengan duit upah kerja seorang ketua keluarga yg berpendapatan rm70.oo + elaun + rumah kerajaan. sehinggalah ketua keluarga ini pencen. sebab itu ako bukan la seorang yg bijak sehingga mampu berfikiran rasional untuk berdebat tentang subsidi, rasuah, kroni dan berpidato dengan ayat ayat falsafah penipu berideologi politik kampung.

tanpa wang seseorang itu tidak mampu untuk mengikuti arus pendidikan moden. tanpa pendidikan seseorang itu takkan kemana, duduk la sekeluarga mengusap kucing di tebing rumah setiap petang.

Sunday 8 June 2008

36. Tun Salleh Abbas...

Setelah sekian lama Tun M berdiam diri dan dituduh memecat Tun Salleh Abbas disebabkan percaturan politik, sekarang segalanya terdedah. www.chedet.com

6. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.

7. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.

8. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.

9. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.

10. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja.

Wednesday 7 May 2008

35. petikan berita yang tiada dalam akhbar perdana.

1. Pertukaran Dato Jamri

......... sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu.

"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah. HD

* sultan memang sudah tahu akan berlaku pertukaran.

2. Wartawan The Sun ditangkap berhubung isu Balkis

Tindakan pihak polis yang menahan dua orang wartawan akhbar The Sun yang membuat liputan mengenai kes penyelewengan wang Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) dianggap mempunyai unsur balas dendam selepas tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami BN pada pilihan raya umum lalu. HD

3. Penahanan ISA BSA Tahir

Pastinya pejuang anti ISA paling tidak lupa kepada satu dakwaan yang pernah mengaitkan antara anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah dengan BSA Tahir.

Ketika itu pejuang anti ISA mempertikaikan bagaimana Kamaluddin terlepas dengan akta tersebut sedangkan beliau didakwa ada kaitan dengan BSA Tahir.

Begitupun Menteri Dalam Negeri (KDN), Syed Hamid Albar hari ini sedikitpun tidak menyentuh soal pembabitan tersebut malah menyatakan bahawa BSA Tahir sebenarnya ditahan kerana dakwaan pembabitan dengan sebuah rangkaian yang mahu membangunkan nuklear. HD


4. RPK mahu setiap penyokongnya mengeluarkan seorang seringgit untuk menjamin beliau HD

* update. donation hampir mencecah RM30,000.00



Monday 28 April 2008

34. sape nexttt....



lepas Hishammuddin sape lagi yang perlu meminta maaf pada bukan melayu....

cina pun sama....


yg ni tak tau la nak minta maaf atau idak...


yg ni takkan minta maaf....



tuanku perlu mengucup keris untuk memenuhi protokol....




mamak ni cam ne lak.....



yang ni kebal... bakal PM



merepek....

Friday 25 April 2008

33. penjelasan keluarga shilpa lee..

diharapkan kita dapat berita dari sumber yang betul.

Thursday 24 April 2008

32. kenapa ek....

kenapa kita masih lagi mengekalkan sifat-sifat allah sebanyak 20, walhal kita tahu benda tu tak tepat?

kenapa kita masih mengiakan nama nama allah sebanyak 99 walhal kita tahu ia terlalu sedikit?

31. kenapa ek....

23/4....A 30s-year-old hotel employee who make a police report claim that the former Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis molested her in the public place, TODAY (at 2.30pm) WITHDRAWN her report.

Sunday 20 April 2008

30. hentikan la perbuatan sabotaj...

sampai ke hari ini ako masih menerima sms sms daripada pihak yang kecewa di selangor meminta ambil bahagian dalam demonstrasi demontrasi menyelamatkan org melayu...

weii kenapa ek?.. adakah org melayu di selangor sudah tak selamat? tolong la weii.. ako dah tak mau terlibat dah ngan provokasi merepek korang tu... udah udah la.. dulu masa korang ada projek baik punye korang makan sendiri kan.. dah la tu.. bawa bawa mengucap....

dunia mcm roda.. kejap kita atas kejap bawah... buat la mcm ako... bila kat atas ako pijak kepala org siap ngan kpala mak bapak diorg sekali... dan pastinye diorg tak leh berada diatas dah....

Saturday 12 April 2008

29. lima perkara pertama kali berlaku dlm hidup... edisi jiwang.. hahaha

1. jatuh hati - lama dah... masa di sekolah pondok. nama aisya anak ustaz ibrahim. dia dah kawin... suami dia kerja di Gamuda. anak 4 kot... heeh

2. couple - org mana tah. tp melayu la. nama suraya. nama penuh tak ingat. dia dah kawin... masa jumpa dulu tahun 1999 dia dah ada anak 4 org.... subur beb....

3. tunang - org kelantan. memang melayu. nama nya tak sama dgn nama isteri.

4. tepuk sebelah tangan - org perak. memang melayu. nama di rahsiakan untuk keselamatan. memang cute.. putih... comel... ket*t. pertama kali direjek setelah merejek je ako nye kerje... huhuhu...

5. kawin - org kelantan murtad. memang melayu. nama sape tah. yg pasti nama tak sama ngan yg di no. 1,2,3, dan 4.

amcm puas hati ke. ako takmo tag kat org lain... ape hukumannyer?

Thursday 10 April 2008

28. new campaign by bloogers....
















save malaysia


"You can try to shut me out but I have got a big mouth. I am going to use this big mouth. They will try to stay in power but one day truth will prevail. They will pay a price for converting the Malaysian government into a family government of ... Abdullah Ahmad Badawi" - Tun Mahathir Mohamad

Wednesday 9 April 2008

27. sufiah yusof interview....


untuk renungan dan pengetahuan bersama.... bukan untuk menjadikan blog ini sebagai perantara bahan lucah...

Tuesday 8 April 2008

26. i hate my self...


Tun...tun... why?





UMNO is mine...... bitch!!!





'BN kalah sebab sabotaj... BN kalah sebab Tun M... BN kalah sebab rakyat tertipu dengan pembangkang... BN kalah sebab berpaling tadah. Saya tak salah.... sebab saya manusia suci....




i la imam Hadhari....

Saturday 22 March 2008

25. kena kekah anjing....


ape le malang nasib ako arini... pepagi dah kena kekah ngan anjing... lahanat betoi la.... abis kasut ako... yg org rumah ako tido mati plak .. udah le tak angkat tepon... ako dok terjerit jerit depan umah... mana yg lelain... tau le semua tak sembahyang... tp kurang kurang bangun la awal... apedaa

yang si anjing pulak menyahut.... kalau ikutkan hati nak je ako kekah anjing tu... sib baik ako ada tersemat nilai nilai kebinatangan skit.... kalau idak.. memang ako kekah la balikk.. ingat ako takut ke... cuma geli je... puas nak menyamak... bengong toi....

yg org rumah plak siap ketawa besar nengok kasut ako sebelah dah dirampas binatang mengong tu.... gerammmm gilerrrr. idak le si anjing tu kekah dia... cisss...udah jadi bahan lawak pulak ako rinih... kena perli memanjang.... huhuhu... pedih la.... masuk kali ni dah 2 kali ako kena kekah ngan anjing ni.. tak pe.. masuk kali ke tiga ako sembelih....

Tuesday 18 March 2008

24. Jgn Hina Sultan!!!!


Kat sini ako dah dengar cakap cakap politik penyokong penyokong BN mula menghina sultan. Ada yg ckp Sultan tak sepatutnya masuk campur hal ehwal kerajaan negeri la. Ada suruh sultan duduk diam diam je la. Walhal bukan ke negeri ini dibawah pemerintahan sultan?

Masa sambutan Idris Jusoh di airport hari tu pun ada yg menjerit bahawa sultan pengacau. Ini diceritakan sendiri oleh penyokong BN. Kenapa bila org BN hina sultan tiada keluar dalam akbar perdana? Walhal masa Lim Kit Siang menghina diorg bawa isu ni berhari hari dalam akhbar.

... Ada dengar cakap cakap yg:
- Sultan kecewa dengan Idris sebab pembangunan melampau
- Majoriti bakal ADUN menolak Idris
- Sultan kecewa dengan pengerusi BN

Entah la.. tp yg pasti menteri besar hanya membantu sultan menguruskan negeri. Maka jgn terkejut sekiranya sultan memerintahkan PAS ambil alih dan mengisytiharkan pilihanraya semula di Terengganu. (12.34pm 18-03-2008)

Wednesday 12 March 2008

23. dah ok...

9.40am.. dah sampai umah... sakit kepala lutut dukung isteri naik tangga... yg peliknya kat spital tadi leh je jalan... sihat jeks... balik umah tetiba tak leh jalan... errmmmm

ingat nak bawa balik pas subuh... tp takleh sebab kena buat check out kol 8.00. cam hotel plak... huhuhu.. takpe la.... layanan spital kerajaan ni cemerlang, gemilang, terbilang dan tak hilang.. semua doktor dan nurse memberi perkhidmatan setaraf swasta... tq tq...

maka bermulalah proses isteri berpantang.... makanan ok jeks.. tp yg lagi satu tu je.. terseksa .......huhuhu

Tuesday 11 March 2008

22. org rumah keguguran....

org rumah ako baru keguguran jam 1.20 ptg tadi. alasan yg diberi doktor ialah baby tak kuat atau rahim isteri lemah... sekarang ako dok mundar mandir bawah hosp. sebab ptg sat gik rahim isteri akan dicuci...

memula ako nak g swasta.. tp doktor nasihatkan agar cuci di hosp ini... harap harap dia ok... dari smlm asyik nangis....

k weii... ako nak makang ... esok sambung... byeee... ops... lupa... selamat pengantin baru kat member fks.. encik Sedi... ako tak dapek g nampaknyer.... bye...

6.55pm...

still tak leh jumpa isteri... masih dalam pemerhatian. ako tengok skali imbas je. riso plak.. muka pucat giler... masih tak sedarkan diri.... doktor cakap rahim masih berdarah.

Monday 10 March 2008

21. Khairy bertanggungjawab kekalahan BN - Dr M

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya semalam. Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata:
"Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.
"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.
"Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar".
Mengenai kejayaan pembangkang, Dr Mahathir berpendapat, akan wujud ketidakstabilan untuk seketika apabila pembangkang menembusi banyak lagi negeri.
"Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu," katanya. Mengenai kemampuan para pemimpin BN sekarang, Dr Mahathir tidak fikir mereka boleh mengurus ekonomi.
"Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa". Beliau bersetuju pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah boleh membantu Umno. Ketika ditanya adakah mereka perlu melawan dan memaksa Abdullah meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan.
"Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan"

Sunday 9 March 2008

20. Silent Majoriti bersuara....

PARLIMEN dan DUN

sedang ako lepak lepak di pondok panas BN di satu kawasan di selangor, byk suara suara bongkak yg menyalak untuk bersedia merayakan kemenangan BN di kelantan. tidak pelik... sebab di pondok panas BN di sekitar kawasan ini memang penuh... sehinggakan ada pondok panas parti bukan BN lengang...

tp apabila selesai pengiraan undi... memang mengejutkan.. bukan sahaja nyalakkan bongkak itu terdiam.. malah majoriti kehilangan undi BN kepada bukan BN amat besar sehinggakan tidak tergambar jumlahnya. apa yang terjadi? adakah pembangkang telah menyediakan bas bas untuk memuatkan pengundi pengundi hantu? tak kan pulak... adakah BN kalah sebab tak guna dakwat penanda?....mustahil

jadi apa yang terjadi?

Thursday 28 February 2008

19. saya rindu giler kat awak le mengoonnnggggg...

amboi.. leh pulak tajuk ni kuar... terkejut ako bila terbaca dalam satu blog pasal menda nih. ye la ketot... sy memang rindu giler kat awak.... nak rindu sbgai kekasih tak berkesampaian... jadi rindu sebagai kawan baik pun jadi lerrrr...

rinih sy g manjoi.... terasa cam dekat je ngan awak tuh... tapi nak wat camne... org tu bz memanjang je ngan PRU.

weiii.. password tu apsal tuka... sy tak leh nak edit le... paham paham je le....

Monday 25 February 2008

18. PRU12

Ya Allah.. berikan kekuatan.. kerahmatan... keberkatan kepada mereka yang memperjuangkan islam....

Menarik kali ini:-

Antara keluhan pembangkang PRU12 ialah duti setem dimansuhkan oleh SPR tanpa memaklumkan kepada pakatan pembangkang Trengganu dan Kelantan sehinggakan calon pembangkang Kemamam mematikan setem di kuala lumpur pada hari Jumaat menaik kapal terbang. Sekiranya tidak dimansuhkan 5 calon BN Trengganu tidak sempat mematikan setem dan hilang kelayakan... www.harakahdaily.com

Pilihanraya kali ni menunjukkan pakatan pemerintah tidak bersedia sehinggakan calon muflis di pertengahkan. Memalukan... www.harakahdaily.com


Dan UMNO perlis pula menghadapi krisis terbesar apabila kepimpinan terpaksa mengadap PM 7 kali sebelum calon akhir keluar. www.harakahdaily.com


Pasukan Pak Lah masih enggan meletakkan bekas Menteri Besar Selangor... 'Mike Tyson' ke parlimen dan usaha menyekat Khir Toyo sebagai calon pilihanraya gagal. Nampaknya Tun M masih berpengaruh.... Eh lupa... Nampak gaya Vincent tan akan berterusan panas punggung menghadapi Khir Toyo. Ako harap... Khir akan terus menjadi menteri besar.... Walaupun Vincent kerap memberi tekanan pada kerajaan negeri. www.terjah.com

Selingan...

Komfirm bucuk dah ada bucuk.... ako dah tau sapa dia..... tahniah.. ako harapkan hubungan tu akan berkekalan sehingga ke ikatan tali pertunangan... perkahwinan dan sehingga akhir hayat.
Nanti kenduri buat besar besarn... dua dua berkerjaya baik. Kepada pasangan tu.... hargai la bucuk tu... ayu ayu gitu..... walaupun malas man**.... opsssss.....

Wednesday 23 January 2008

17. politikus malaysia / siravi

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menang besar pada pilihan raya umum ke-12 nanti.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa BN akan meraih majoriti undi terbesar hasil sokongan para pengundi yang percaya dengan kemampuan kerajaan mentadbir negara.

*ako takmo mengulas lanjut, sebab kata2 ni keluar dari mulut diktator tulin. Diktator yang berjaya menaikkan Malaysia dan diktator yang berjaya menyebabkan musuh2 politik tersembam. ako still tak puas hati apa yang dijawab oleh kepala pemerintah kepada komen2 mantan PM. kekayaan sedara-mara dan byk lagi. I hate BN... but BN adalah satu2nya parti pemerintah yang terbaik yang akan membawa kita ke alam penipuan, pembohongan dan penindasan dunia globalisasi. Ya... ako akan vote BN walaupun menyokong parti lain. Bukan hipokrit tapi bukti kejayaan yg kita kecapi....

Kepada yg berkenaan, semoga berjaya bersama crv idaman. bukan mematahkan semangat tapi mencabar... jgn berangan nak kawin ngan anak raja la, ngan pm la.. tapi pastikan takde paper repeat lagi kali ni. welcome to malaysia. jgn le bawak balak uganda..... bawa balik awek korea ok dah.... ngehngeh..