kata-kata pilihan



* blog sedang dalam proses update..... 18 februari 2011

Sunday 26 October 2008

42. Interview...

Mungkin kita terlalu banyak di dedahkan maklumat mengenai cara-cara dan teknik-teknik berhadapan dengan situasi temuduga. Hari ini ako nak berkongsi mengenai cara ako melakukan penilaian kepada calon pekerja....

Waktu yang sesuai untuk sesi temuduga ialah awal pagi. Sesiapa yang mendapat giliran awal memang berpotensi besar untuk mendapat tempat dalam syarikat. Ako memang selalu terlibat dalam sesi sesi temuduga. Diantara perhatian utama ako terhadap calon ialah...

Pakaian
Site Persons
Diploma dan SPM - T-Shirt Berkolar, Seluar Cargo Pants atau Jeans (Lelaki), Baju Formal (Perempuan)
Ijazah - Kemeja Lengan Panjang, Tali Leher, Seluar Slack atau Cargo Pants (Lelaki), Baju Formal (Perempuan)

Office Persons
Diploma , SPM - Kemeja, Seluar Cargo Pants (lelaki) -Baju Formal (Perempuan)
Ijazah - Formal

P.A
Ijazah - Baju Formal, Bukan Baju Kurung (Perempuan)

Calon-calon yg menjadi keutamaan untuk di reject ialah -

1. Tidak menjawab soalan yg dikemukakan
2. Berlagak
3. Membuat perkara yg tidak menyenangkan (ertikata lain membuat bilik temuduga seperti rumah sendiri)
4. Memulakan perbualan tanpa disuruh
5. Bahasa kurang Ajar
6. Menyampuk percakapan penemuduga
7. Berbau rokok
8. Menyunyah sesuatu
9. Bercerita tentang politik
10. Memburuk-burukkan majikan lama

Sebelum sesi temuduga, penemuduga akan melakukan penilaian dalam resume. Sekiranya penemuduga bertanya soalan yg memang ada jawapannya dalam resume, itu menunjukkan penemuduga tidak layak menghadiri sesi atau bahasa tepat memang penemuduga itu makan gaji buta dalam syarikat.

Bagi calon perempuan pakaian formal tidak bermaksud baju kurung bertudung. Ia boleh jadi apa-apa pakaian yang formal.

Antara ciri-ciri calon yang ako beri high mark ketika sesi...
1. Perempuan bercelak tebal
2. Perempuan berpakaian hitam
3. Perempuan yang memakai pakaian selain baju kurung
4. Lelaki yg berpakaian lusuh (Bagi jawatan Diploma & SPM di Tapak Bina)
5. Penulisan resume menggunakan tangan (Bagi jawatan Diploma & SPM di Tapak Bina)

Sunday 12 October 2008

41. beraya sakan le korang weiiii....

cuti...
hari ni mula le bekerja setelah hampir 3 minggu bercuti. org rumah hanya cuti seminggu. itu pun jenuh nak minta. ye ler... baru kerja pun

bonus....
org rumah takde bonus pun. hehehe.. kesian
ako lak cam biase le.. bonus takder , gaji pun takder
tp ako nyer staf dah dapat bonus.. tahniah le komer... sukenyer.. sampai sorang tu konfom kawin bulan 12 nih.... ade rezeki lebih memang le semua dapat bonus... walaupun kompeni kecil tapi ako mampu bg bonus 3 bulan gaji walaupun 2 kali bayar. tak le macam gomen.. duit untung minyak byk tp bonus sebulan jer.. hahaha

kerete baru...
kelihatan sebijik honda accord meluncur laju di kertih... hahaha.... ape nak buat.... terpaksa beli (leh kurangkan cukai)... hehehe

update..
lama tak jengah blog nih... takde masa ler... cuma sempat baca je....