.... dengan keadaan ekonomi tidak menentu.. harga bahan api menongkak naik, semua produk dan perkhidmatan turut naik, bayangkan keadaan org yg di bawah paras kemiskinan terutamanya di luar selangor. dengan keadaan bayaran persekolahan (yuran dihapuskan cuma gimik) turut meningkat. tanpa wang kita tidak mampu memperoleh ilmu.
pak menteri acuan kita sanggup pula menambah peruntukan biasiswa untuk bukan bumiputra sehingga 30% hanya untuk mengembalikan undi yg telah dirompak. walaupun bukan itu faktor utama kekalahan barisan memerintah.
ako bukan berasal dari keluarga berada. keluarga ako disuap dengan duit upah kerja seorang ketua keluarga yg berpendapatan rm70.oo + elaun + rumah kerajaan. sehinggalah ketua keluarga ini pencen. sebab itu ako bukan la seorang yg bijak sehingga mampu berfikiran rasional untuk berdebat tentang subsidi, rasuah, kroni dan berpidato dengan ayat ayat falsafah penipu berideologi politik kampung.
tanpa wang seseorang itu tidak mampu untuk mengikuti arus pendidikan moden. tanpa pendidikan seseorang itu takkan kemana, duduk la sekeluarga mengusap kucing di tebing rumah setiap petang.
2 comments:
itulah hakikat...
"ekonomi kita kukuh" hanyalah ayat penyedap hati agar rakyat tidak gusar... kononnya... tetapi rakyat memang benar benar resah gelisah bilamana harga petrol dinaikkan... dengan alasan kerajaan sudah tidak tertanggung...
hurm... kalau ada yang tak cukup duit sebelum ni...ce bayangkan keadaan sekarang... mau tak agaknya jenayah meningkkat?...
mau jerk... x caye... just wait & see... jeng jeng jengggg...
Post a Comment