Loji Petroleum dan Gas, Kertih. Gambar oleh ina erin
Petronas telah ditubuhkan bg menjana dan merancakkan peningkatan ekonomi Malaysia. Setelah sekian lama ekonomi Malaysia dibangunkan atas dasar pemberian subsidi minyak kepada semua sektor, tindakan pengurangan subsidi oleh kerajaan secara tergesa-gesa akan membantut malah meranapkan ekonomi negara. Barangan untuk di ekspot akan menjadi tidak kompetitif, barangan hasil tempatan akan menjadi mahal, iklim pelaburan di dalam negara menjadi tidak lagi menarik dan rakyat tidak akan lagi melancung mengakibatkan sektor pelancungan juga akan merudum, industri kereta akan merosot industri-industri lain juga akan teruk mendapat tekanan.
Dianggarkan satu demi satu sektor perniagaan akan jatuh yang mana akan mengakibatkan ramai rakyat hilang pekerjaan. Pengangguran akan meningkat, masalah sosial akan naik mendadak, kadar kemiskinan akan meruncing, kadar jenayah juga
meningkat dan kemungkinan akan berakhir dengan keadaan kucar-kacir.
Kejadian jenayah terancang turut akan menguasai urus tadbir semasa. Pihak bank akan meragui kadar mampu bayar peminjam, sekaligus akan mengetatkan lagi syarat pinjaman. Rakyat terdesak akan menggunakan khidmat pembiaya kewangan tanpa lesen @ along. Sehinggakan keadaan terdesak seseorang itu mampu berfikiran hingga mampu melakukan jenayah curi, samun dan rompak. Semua ini memang dipengaruhi oleh harga minyak.
Hentikan perbandingan harga minyak dengan negara jiran. Negara jiran bukanlah negara pembekal minyak. Dan kenapa kerajaan masih tidak menggunakan sumber gas asli untuk kenderaan dan penjanaan? Bukankah stok gas kita adalah yg terbaik dan terbanyak?
3 comments:
Whoever owns this blog, I would like to say that he has a great idea of choosing a topic.
Nice blog. Thats all.
caner mau ubah care idoppp??? huhuhu...
Post a Comment