kata-kata pilihan



* blog sedang dalam proses update..... 18 februari 2011

Sunday 8 June 2008

36. Tun Salleh Abbas...

Setelah sekian lama Tun M berdiam diri dan dituduh memecat Tun Salleh Abbas disebabkan percaturan politik, sekarang segalanya terdedah. www.chedet.com

6. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.

7. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.

8. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.

9. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.

10. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja.

2 comments:

humbleandmodest said...

first tyme...

KeL@T said...

hmmm... x sangka yek... hikhikhik...