kata-kata pilihan



* blog sedang dalam proses update..... 18 februari 2011

Friday, 13 June 2008

39 Wahai datuk datuk....berfikirlah guna akal... bukannya guna kepala lutut....


PUTRAJAYA: Pengusaha kantin sekolah yang menaikkan harga makanan akan ditamatkan perkhidmatannya berikutan tindakan itu melanggar kontrak perjanjian dengan Kementerian Pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya menaikkan harga makanan di kantin sekolah kerana harganya sudah ditetapkan dalam perjanjian berkenaan.

Tambahan pula, kebanyakan makanan dijual di kantin sekolah barang terkawal seperti beras, tepung dan gula. Barang ini tidak terbabit dalam kenaikan harga,” katanya.

* ni contoh seorang pengarah yang guna kepala lutut untuk berpikir. Kenapa kerajaan tak cari org yg betul-betul layak menjadi pengarah atau setidak tidaknya cari la org yg boleh berfikir untuk dibg datuk?

Datuk ni mungkin tidak pernah bersekolah. Tak pernah ako tengok kantin hanya jual nasi, air gula dan jemput-jemput kosong untuk pelajar. Wahai KPP, beras 15% dikatakan beharga RM16 utk 10 kilo. Korang pergi cek tak kat pembekal?, beras yg diorg bekalkan adalah jenis 10% hancur yg berharga RM28 untuk 10 kilo. Then gula.... gula pun dah mula ada malaun sorok. Korang sedar tak? mane le nak sedar kan. Tahun depan di awal tahun pun pengilang nak naikkan harga gula. Tepung gandum pulak dah naik sekilo RM2.90. Dah sudah ada pasaraya sorok bekalan. Tau tak? tak tau kan.... bodoh nye.... malu je ada pangkat.. tapi otak cetek...

Dan kepada pengusaha kantin... korang tak payah le naikkan harga... kurangkan kuantiti makanan pun dah ok. Kalau nak naikkan terpulanglah.. sebab bila KPP nak spot cek dia akan bawa serombongan ke kantin. Korang akan tahu lebih awal....Jangan risau.....

Thursday, 12 June 2008

38. Harga Minyak Mempengaruhi Peningkatan Kadar Jenayah?





Loji Petroleum dan Gas, Kertih. Gambar oleh ina erin

Petronas telah ditubuhkan bg menjana dan merancakkan peningkatan ekonomi Malaysia. Setelah sekian lama ekonomi Malaysia dibangunkan atas dasar pemberian subsidi minyak kepada semua sektor, tindakan pengurangan subsidi oleh kerajaan secara tergesa-gesa akan membantut malah meranapkan ekonomi negara. Barangan untuk di ekspot akan menjadi tidak kompetitif, barangan hasil tempatan akan menjadi mahal, iklim pelaburan di dalam negara menjadi tidak lagi menarik dan rakyat tidak akan lagi melancung mengakibatkan sektor pelancungan juga akan merudum, industri kereta akan merosot industri-industri lain juga akan teruk mendapat tekanan.

Dianggarkan satu demi satu sektor perniagaan akan jatuh yang mana akan mengakibatkan ramai rakyat hilang pekerjaan. Pengangguran akan meningkat, masalah sosial akan naik mendadak, kadar kemiskinan akan meruncing, kadar jenayah juga
akan meningkat dan kemungkinan akan berakhir dengan keadaan kucar-kacir.

Kejadian jenayah terancang turut akan menguasai urus tadbir semasa. Pihak bank akan meragui kadar mampu bayar peminjam, sekaligus akan mengetatkan lagi syarat pinjaman. Rakyat terdesak akan menggunakan khidmat pembiaya kewangan tanpa lesen @ along. Sehinggakan keadaan terdesak seseorang itu mampu berfikiran hingga mampu melakukan jenayah curi, samun dan rompak. Semua ini memang dipengaruhi oleh harga minyak.

Hentikan perbandingan harga minyak dengan negara jiran. Negara jiran bukanlah negara pembekal minyak. Dan kenapa kerajaan masih tidak menggunakan sumber gas asli untuk kenderaan dan penjanaan? Bukankah stok gas kita adalah yg terbaik dan terbanyak?


Tuesday, 10 June 2008

37. kerana aku miskin, aku bodoh

.... dengan keadaan ekonomi tidak menentu.. harga bahan api menongkak naik, semua produk dan perkhidmatan turut naik, bayangkan keadaan org yg di bawah paras kemiskinan terutamanya di luar selangor. dengan keadaan bayaran persekolahan (yuran dihapuskan cuma gimik) turut meningkat. tanpa wang kita tidak mampu memperoleh ilmu.

pak menteri acuan kita sanggup pula menambah peruntukan biasiswa untuk bukan bumiputra sehingga 30% hanya untuk mengembalikan undi yg telah dirompak. walaupun bukan itu faktor utama kekalahan barisan memerintah.

ako bukan berasal dari keluarga berada. keluarga ako disuap dengan duit upah kerja seorang ketua keluarga yg berpendapatan rm70.oo + elaun + rumah kerajaan. sehinggalah ketua keluarga ini pencen. sebab itu ako bukan la seorang yg bijak sehingga mampu berfikiran rasional untuk berdebat tentang subsidi, rasuah, kroni dan berpidato dengan ayat ayat falsafah penipu berideologi politik kampung.

tanpa wang seseorang itu tidak mampu untuk mengikuti arus pendidikan moden. tanpa pendidikan seseorang itu takkan kemana, duduk la sekeluarga mengusap kucing di tebing rumah setiap petang.

Sunday, 8 June 2008

36. Tun Salleh Abbas...

Setelah sekian lama Tun M berdiam diri dan dituduh memecat Tun Salleh Abbas disebabkan percaturan politik, sekarang segalanya terdedah. www.chedet.com

6. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.

7. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.

8. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.

9. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.

10. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja.